Thursday, September 11, 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh..

Exco Pengurusan dan Pembangunan Sahsiah 2nd Batch KH akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH pada :

Tarikh : 12 September 2008
Masa : 6.00 petang - 10.00 mlm
Lokasi : Bilik Sajian Bengkel Masakan, Bangunan Yusuf Ahmad
Aktiviti : Berbuka puasa, solat maghrib, solat hajat, solat tarawikh, persembahan

Kehadiran anda semua amatlah diharapkan.. Semoga majlis seperti ini akan terus dapat mengeratkan ukhuwah antara kita semua.. Insyaallah.. Semoga mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.. Amin.. Sekian, Wassalam..

Saturday, July 12, 2008

Jawatankuasa baru semester 5..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi.. Watikah pelantikan jawatankuasa baru kelas semester 5 bagi menggantikan jawatankuasa semester 4 telah telah dapat dilakukan dengan jayanya walaupun masih ade kelemahan yang perlu diperbaiki.. Semoga anda yang terpilih dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi dan cemerlang serta memberikan sepenuh komitmen. Berikut disenaraikan keputusan undian calon jawatankuasa kelas bagi semester 5.

YDP : Yek
NYDP 1 : Amer
NYDP 2 : Seha
Setiausaha : Wan Roziah
Timbalan Setiausaha : Mira
Bendahari : Shida
Timbalan Bendahari : Fazlin
Menteri Kewangan : Napi
T. Menteri Kewangan : Asma'
Exco Perhubungan dan Informasi : Lino, Faiz
Exco Pengurusan dan Pembangunan Sahsiah : Fazil, Harisah
Exco Pendokumentasian dan Percetakan : Ijan, Nizzam, Alin, Munie
Exco Aktiviti dan rekreasi : Musa, Hani

Saturday, July 5, 2008

Semester baru bermula...

Salam semua...
Selamat kembali daripada bercuti.. Selamat memulakan semester baru.. Semoga semester ini akan membuka lembaran baru buat kita semua.. Belajar sehingga berjaya.. Berusahalah, jangan pernah berputus asa.. Semoga silaturrahim antara kita semua akan menjadi lebih erat lagi selepas ini.. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih.. Perkara yang dah lepas x payah la diungkit lagi.. Biarkan ia berlalu sebagai satu kenangan dan pengalaman serta menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk kita semua dalam proses mematangkan lagi diri sendiri dan membina jati diri yang lebih kukuh lagi... Kita semua ni sama je.. X de yang berbeza.. Cuma kdg2 kte x lpas drp melakukan kesilapan.. Saling memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang sgt dimuliakan.. Akhir kata, all da best 2 u.. Gud luck sume..

Wednesday, May 7, 2008

Anda dialu-alukan..

Perhatian kepada sesiapa yang ingin menghantar apa-apa sahaja, anda sangat-sangatlah dialu-alukan.. Kita kongsi bersama apa-apa sahaja maklumat, pendapat dan sebagainya.. Peace!!

Selamat pulang..

Sempena kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung.. Semoga cuti semester ini begitu bermakna buat kalian semua.. Jaga diri baik-baik. Hiasilah peribadi.. Tambahkan ilmu.. Semoga bergembira selalu..

Percubaan..

Salam semua.. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menerbitkan sebuah blog khas buat kalian semua yang termasuk dalam 2nd batch KH UPSI. Blog ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah, menyelesaikan masalah, berkongsi suka dan duka, melawak, dan apa-apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan. So, akhir kata dari saya, semoga anda semua menyokong blog ini untuk kepentingan bersama.. Terima kasih..

HaVe IT uR Way..

HaVe IT uR Way..